InstaForex Melaka 123 Learning Centre. We serve training for newbie A to Z

Aku Trader & Impian 2012/2013

Ramai diantara rakan trader kita hari ini memandang forex sebagai lubuk duit dan bagaikan satu langkah mudah untuk menjadi kaya raya. Tetapi hakikatnya fakta ini tidak betul dan ianya seumpama berdagang nasib yang akhirnya menerima lbh byk kegagalan dari kejayaan. Melihat kepada aspek pemikiran diatas, ianya adalah pemikirian org amerika pada 10 tahun dahulu dimana lbh specific adalah kepada pemikiran yahudi dahulu.


FOREX....ianya sepatutnya seumpama anda simpan wang dalam ASB. Iaitu anda menghasilkan atau menambahkannya sedikit demi sedikit secara konsisten. Ia sepatutnya dipandang sebagai suatu perniagaan pelaburan. Bukannya judi pelaburan. Berbeza dengan ASB atau mana2 skim, forex anda menguruskan nya sendiri. Bagaimana anda mengurus atau mencorakkan nya adalah bergantung kepada anda. So keuntungan dan kerugian anda tanggung sendiri. Siapa yang berani menyatakan dengan 100% bahawa price akan naik ataupun turun. Hakikat yang sebenarnya tiada siapa yang betul2 jelas dan tahu. Semua orang melakukan analisis samada dari segi teknikal atau pon fundamental. Dan hasil daripada analisis tersebutlah mereka mentafsir sesuatu price currency akan naik ataupun turun.


Spt yang dijelaskan diatas, FOREX adalah perniagaan pelaburan. Hampir2 sama dengan pasaran saham. Bezanya FOREX lebih tinggi kecairan dan anda boleh menentukan arah pelaburan anda. So, selagi anda tidak mampu mengubah diri anda untuk memahami dan meyakini forex itu suatu perniagaan pelaburan, maka selama itu lah anda sedang bermain dengan risiko. Jelas sekali , sekiranya anda memahami forex itu sebagai perniagaan pelaburan anda, maka anda lebih sayang apa jua jumlah wang yang pernah anda laburkan. Tentu sekali anda faham, sesuatu perniagaan itu harusla untungnya sederhana sahaja. mana mungkin anda mampu menghasilkan 100% setiap hari. Sekiranya terjadi sebegitu, tentu sekali hancur dunia forex dan semua org mampu menjadi jutawan pantas.


Ia benar......., saya pernah melihat rakan saya (Trader A) yang bermula dengan USD100 mampu menjadikannya USD1000 dalam masa sehari. Dalam ketamakan untuk meneruskan untuk jadi USD10,000 pada hari berikutnya....akhirnya tersungkur di tengah jalan sehingga licin. Berbeza dengan trader seorang lagi (Trader B) yang menghasilkan hanya sedikit setiap hari. dengan hanya bermodalkan usd100 juga mampu menjadikan usd1000 dalam masa sebulan dan sehingga kini sudah pon mencecah 5-6K USD hanya dalam masa 6 bulan. So jika ditanya yang mana lbh baik, tentu sekali saya akan nyatakan bahawa Trader B lbh baik kerana...die menghasilkan untung setiap hari sedikit demi sedikit....dan inilah yang dinamakan perniagaan pelaburan. Saya boleh katakan Trader A hanya bernasib baik mampu menghasilkan USD1000 dalam sehari....Jika saya tanya anda....adakah forex ini kita sering bernasib baik?.....adakah setiap indicator yang kita gunakan mencapai 100% tepat?....jawapannya tidak pernah...ini bermakan anda perlu jaga margin anda...modal kecil gunalah lot kecl. kalau nak main kasar...pastikan modal juga kasar. saya sedar main kecil ni bosan...so pandai2 la. Kesimpulannya jika anda bermain dengan api yang membara (Lot gajah tapi modal halus) bermakna anda menghampiri kebakaran. Sebaliknya jika anda hanya bermain dengan lilin (Lot yang berpadanan lah dgn modal), anda masih mempunyai masa untuk memadamkan kebakaran.


Kesimpulan cerita diatas dan sejarah2 trader....telah menghasilkan suatu data yang baik utk kita sebagai pedoman. Disini saya jelaskan satu persatu:


Aku Trader yang berjaya:

1. Aku faham FOREX ini suatu perniagaan pelaburan

2. Aku faham peluang untuk aku untung mestilah seiring dengan risiko yang aku tanggung. So aku tidak harus tamak dan menjaga margin dengan sebaik mungkin. Maka lot yang aku perlu gunakan perlu lah sesuai dengan modal pelaburan aku

3. Aku fahami trading memerlukan masa. So aku perlukan kesabaran. Tidak semestinya setiap post aku perlu close dalam rugi atau semestinya close setiap hari. Mungkin ada hari2 aku perlu berada dalam floating. Yang penting aku telah pon bersedia kepada risiko tersebut



Aku Trader Yang Gagal:

1. Aku tamak. aku nak cepat kaya. tak pernah fikir pasal margin

2. Aku selalu buat analisis (guna indikator) dan aku selalunya yakin penuh. So aku guna full margin

3. Aku selalu fikir, biarlah aku loss USD100...tapi kalau aku full margin dan jika aku betul, aku boleh untung sampai USD500 dan lbh2 lg. Hakikatnya....nasib tidak selalu menyebelahi kita.....berjaya sekali...gagal berkali-kali


Fikir2 kan lah.....tanam dalam diri anda yang anda menyatakan forex ini adalah perniagaan pelaburan...perniagaan anda...insya allah anda telah berada dalam track yg betul


Note: pernah tak anda temui trader yang hanya bermodalkan USD1000 mampu menjadikannya USD100,000 dalam 1 tahun ........jawapannya saya pernah, .......dan saya respect tentang kesabaran dan cara pelaburannya....inilah cth trader yang berdisiplin. Andai jika saya ditemukan dengan seorang trader yang spt cerita diats utk melabur. tentu sekali saya memilih trader B, kerana trader B lbh berdisiplin, bersedia tentang risiko dan faham benar tentang perniagaan pelaburan.....


faham fahami la.......berubah utk kebaikan....
----------------------------------------------------

Salam dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pelawat blog saya

Disini saya ingin saya jelaskan pengalaman saya dan pengalaman rakan rakan yang lain sebab musabab mengapa kita sebagai trader sering loss. Sebenarnya Hal ini banyak kali diperbincangkan didalam forum dan dimana sahaja. Sebenarnya kegagalan itu kita sendiri yang mencipta dengan melanggar beberapa rules penting

Kadang kadang ada diantara kita gagal dalam tempoh beberapa hari sahaja. Sedangkan orang lain boleh menjaga account mereka sehingga 1 tahun, 2 tahun dan lebih. Mengapa???

Sebenarnya faktor yang paling besar adalah money management dimana ramai diantara rakan trader kita gagal untuk disiplin kan diri mereka. Ramai dikalangan mereka yang tidak mengikut peraturan tersebut.

Bila bercakap soal money management, trader yang baik selalunya bersedia terhadap risiko tersalah masuk post yang berlawanan dengan arah pergerakan semasa. Trader yang baik dari segi management selalunya bersedia untuk menggunakan volume/ lot trading yang sesuai dengan modal yang ada.

Money management yang baik adalah trader yang boleh bersedia terhadap kesilapan masuk market sebanyak 5000 pip

Contohnya jika anda modal USD5000.....USD5000/5000 pip = volume/ lot USD1.00
                 jika anda modal USD1000.....USD1000/5000 pip = volume/ lot USD0.20

Tapi ramai dikalangan trader kita hari ni melanggar rules ini terutama sekali trader2 kecil kerana ketamakan dalam diri. Kadang kadang dengan hanya bermodalkan USD100 pon mereka menggunakan volume USD1 sebagai permulaan post mereka. Ini bermakna mereka hanya boleh rolling 100 pip sahaja. Jika salah atau market berlawanan arah sejauh 100 pip maka akaun mereka akan hancur. Disebabkan itu lah ramai trader kita hari ni yang sering gagal adalah trader yang bermodalkan dengan wang yang kecil

Namun begitu ada trader yang bermula dengan modal kecil mampun menghasilkan pulangan yang hebat dalam masa yang amat singkat. Tetapi berapa lamakah mereka mampu bertahan jika melanggar money management. Kebanyakan 99% dari mereka akhirnya tersungkur ditengah jalan juga.

Jika anda rasakan diri anda tamak sekali pon dan merasakan untuk rolling 5000 pip terlalu besar. Maka seteruk teruk pon biarlah akaun anda mampu rolling 1000 pip. Bermakna

Jika anda modal USD100.....USD100/1000 pip = volume/lot USD0.10

--------------------------------------------------------------------------------------

Jika Anda ingin berjaya, terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu


Saya dahului pembelajaran kita ini dengan bismilahirahmanirahim.Saya  minta laluan daripada otai2 forex utk saya kongsi ilmu yg saya ada yg  boleh memberikan maanfaat kepada mereka yg berkecimpung dlm bidang ini.

1) Ingat!Urusniaga forex adalah satu bidang yang sangat berisiko  tinggi. Ianya menjadi risiko yang besar jika anda tamak .Anda harus bersedia dengan kemungkinan tersalah arah. maka gunalah volume trade yang bersesuaian mengikut money management. Risiko anda adalah sama dengan konsep Win-Win Situation (50% utk profit dan 50% utk loss)...adil...

2) Keuntungan dan kerugian dlm urusniaga forex ini juga bukan  hanya tertakluk kpd pengetahuan malah SIKAP pelabur dan trader juga  memainkan peranan penting dlm menentukan jumlah keuntungan dan kerugian  anda. Usah mengejar keuntungan yang berganda ganda dalam masa yg singkat. sebaliknya lakukan sedikit demi sdikit. Janji profit setiap hari

Forex memerlukan anda sentiasa berdisplin, berhati2, bersabar,  mengawal diri, bertenang, dan tidak tertekan semasa menjalankan trading  Trading dalam keadaan tertekan tidak akan membantu, malah boleh  mengakibatkan anda melakukan kesilapan.

3) Dalam FOREX, anda tidak boleh main belasah dan hanya bergantung kepada nasib. Anda kena pastikan arah mana yang sebenar harus anda pilih. pemilihan itu mungkin dari segi teknikal analisis mahupun fundamental yang anda ikuti perkembangan semasa ekonomi menerusi news. yang saya maksudkan teknikal adalah dr pengkajian dan pemerhatian mata anda sendiri terhadap perubahan atau gerakan candle stick. Ada sesetngah org menggunakan indicator utk itu. Fundamental pula adalah refer kepada laporan news yang boleh diperolehi dari laman web www.forexfactory.com

4. jangan sayang CUT LOSS. Kalau dah diyakini anda salah arah, bersedialah untuk cut loss tersebut. Biarlah rugi sebanyak mana yang dah rugi...asalkan anda tidak berterusan rugi. Sebaliknya jika anda yakini dalam masa terdekat dier akan reverse semula keaarah trade anda, maka tidak perlu lah nak cut atau close trade tersebut, tunggu ajerlah...kalau asyik CUT LOSS pon jahanam juga acc tu...yg penting money management, sejauh mana anda boleh bertahan...seberapa byk anda boleh rolling lagi utk pastikan anda dalam keadaan selamat

----------------------------------------------------------------------
MM-Money management adalah yang paling penting. Ianya adalah persediaan kepada anda sekiranya anda melakukan kesilapan memilih arah trade. Sebaik-baiknya biarlah modal anda boleh rolling 1000 pip keatas. kalau 5000 pip lg baik atau lebih lagi, lagi lah baik dan selamat...kalau dah terror tu boleh la nak trade guna 500 pip rolling. Apa yang saya maksudkan rolling kat atas adalah, sebagai contoh jika anda hanya bermodalkan usd1000, bermakna untuk rolling 1000 pip, max volume yang anda harus anda guna adalah usd1.00 (usd1000/1000 pip rolling = usd1.00), kalau nak rolling 2000 pip, (usd1000/ 2000 pip = USD0.50)


-------------------AL KISAH------------------------


Kenapa Terus Menerus LOSS ???



trading style  tidak akan dibincang kat sini. sebab trading  style tak  salah.

sebab  dan akibat.
kata  la korang masuk pos 10sen dgn modal 100  dolar.
atau 20sen dgn modal  200 dolar(nisbah mm 1:100).  kebanyakan kesalahan adalah kerana sayang  pada pos yg sedang rugi  walaupun dah nyata sistem korang dah tunjuk pos  tu salah. ini adalah  kesalahan yg lumrah. semua trader lama memang tau  ni dan selalu  berpesan supaya tidak sayang pada pos.
_____________________________________________


Banyak trader yang aku jumpa adalah trader yang tamak dan lansung tk ikut money management. Loss dan depo lagi...lansung tak sayang duit...kebanyakan trader yang aku jumpa bermodalkan hanya usd100 dan layan vol/size trade sehingga usd1-2 per trade. pastu loss dan depo lagi....kalau nak untung besar nak masuk trade dengan usd1, gunakan lah modal usd1000. baru lah padan....aku sedih lah kalau korang loss.

bayangkan kalau u guna usd1000 dan trade dengan vol usd1, u ada 1000 pip utk rolling dan u tenang utk buat keputusan utk clear floating.Macam aku, aku nak 5% jer sehari, bermodalkan usd1000, aku hanya perlu gunakan vol trade usd1 sahaja dan aku hanya perlukan 50 pip sahaja sehari utk dpt usd50.

Namun ramai trader yang depo usd100, nak untung bepuluh puluh usd sehari. yer la, takkan nak guna vol/size trade usd0.1..kalau untung 50 pip pun baru dpt usd5...memang la skit...aku pun rasa skit...cam wat letih la plak trading.

sebab tu aku cadang trader bermula dengan modal usd1000 supaya bleh buka trade dengan size/vol usd1.00 per trade.....pada satu2 masa cukup 1 trade. tak yah dok pening dengan banyak trade atau banyak pair. melainkan u bersedia utk cut loss atau clear floating dengan bg bom (open trade ke -2 dengan vol lbh besar)
______________________________________________


kesimpulan


kesimpulannya  mudah.  memeranjatkan?. forex ni pun sebenarnya mudah. cuma ada sikit  je  peraturan dia. mm, trading style dan kawal float. tu je.
pusing2   camna pun balek kat 3 perkara ni. bayar kelas ribu2 pun balek kat yg 3   ni.
jgn la salahkan sapa2 kalau gagal. broker tak salah.  internet  tak salah. server tak salah. platform pun tak salah. buktinya,  semua  orang guna broker yg sama, tapi tak semua loss.

TQ....jumpa lagi

Kembali ke blog asal www.nahnufx.blogspot.com
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua rakan trader baru atau lama. Cerpen pendek ini adalah penghargaan anda yg setia bersama saya/ bersama group saya. Spt yang kita sedia maklum, kita telah hampir tiba ke penghujung tahun 2011. saban hari yang berlalu meninggalkan detik yang manis, sedih, gembira melompat lompat dan juga pilu sepilu-pilunya. Namun yang pasti tahun 2012 akan tiba. pastinya ada diantara kita yang telah pon menanam azam yang baru, semangat yang baru dan mungkin juga cita2 yang baru. Walau bagaimana pon itu cerita 2012. Bagaimana dengan tahun 2011 iaitu tahu sekarang. adakah sepanjang tahun ini memenuhi impian kita...azam yg kita tanam diawal tahun lalu???...jawab sendiri...panjang lagi nak cerita ni...baca sampai habis biar lekat kat dalam hati

Jelasnya sepanjang perjalanan tahun ini, kita menemui pelbagai jenis gerak market...ada yg memanggil market gila dan ada yang panggil market crash dan sebagainya. Spt mana yang kita tahu kejatuhan matawang Euro menyebabkan kebanyakan market lain juga turut terlibat sama. Mungkin sesetengah trader sudah menjangka kan perkara tersebut dan melakukan "SELL" yang jauh ke bawah. So tentu lah trader ini tergolong dalam golongan trader yg gembira sampai melompat lompat. Namun disebalik kegembiraan rakan kita berjaya ada juga rakan2 lain yang bersedih. Ya lah mungkin ada yg terluka dalam kerana asyik deposit ajer kerja nya, withdraw tak langsung ataupon kaddang kaddang....tanya diri anda kenapa.....baca lagi kat bawah ni.

saya sering menceritakan kpd rakan trader samada yg lama ataupon yg baru. FOREX ini adalah suatu yg very interesting. anda boleh ketawa riang kerana forex mampu mengubah kehidupan anda lbh senang. Tetapi selagi anda tidak menanam dalam diri anda forex sebagai suatu perniagaan pelaburan, maka selagi itulah anda sering bermain main dengannya....Anda main2 dgn duit???? tak sayang  ker duit? Jika anda fikir dan anda katakan bahawa ia suatu pelaburan, maka pastinya anda lbh berhati hati, sabar dan melakukan nya sebaik yang mungkin. Kebanyakan trader yg gagal adalah trader yg lansung tidak memahami money management. main hentak saja. dah la tak faham tentang "MM" ....tamak la plak. berpada pada lah dgn  modal yg dok ada. kalau kais skit2 setiap hari pon boleh jadi byk juga. tk perlu la setiap hari nak dpt 100% atau lbh. Ya mmg anda boleh lakukan, malah saya sendiri pon pernah dgn modal USD100 boleh jadi USD1000++ dalam sehari, tetapi selama mana boleh buat camtu...sampai masa kecundang juga kerana jika anda bermain dengan chances utk profit yg tinggi bermakna anda juga bermain main dengan risiko yg besar.

Jadi....bawa2 lah muhasabah diri. bentukkan trading yang konsistent. biarlah profit tk byk pon. kalau sehari boleh dpt 10% pon dah ckp baik. bayangkan sebulan berapa byk anda telah membentuk duit anda. MM yang baik adalah MM yg boleh rolling 5000 pip. sbg cth jika anda modal USD1000>>> USD1000/5000 pip = USD0.20 utk max post yg masuk......dan kalau busuk2, teruk2 pon rolling la 1000 pip atau USD1000/1000 pip = Vol Usd1.00 max post

So jom saya bincang kisah2 trader yg berjaya.

Tahun lepas, ada seorang trader yg bermodalkan hanya USD1000...mampu menghasilkan USD80,000 sepanjang tahun. Dan tahun ini ada juga 3-4 orang yang bermodalkan dalam hanya USD1000-USD2000 mampu menjadikan acc USD20,000 lbh...turun naik, cut loss, untung masih lagi berbaki USD20,000....so berapa byk.. berapa kali ganda dari modal asal...tempoh adalah 1 tahun....adakah acc anda pernah mencapai usia 1 tahun??

Fikir fikir kan lah...dan bentukkan diri anda sebagai trader yg berdisiplin....anda akan untung jauh lbh byk dr pasaran saham BSKL mahupon ASB.....jadi rebutlah peluang itu.Sekurang kurangnya jadi la mcm En Jamal yg masuk trading bila sudah kenal pasti peluang masuk post yg baik. Kisah En Jamal sendiri bermula dengan USD5000 sahaja. kini acc bermodalkan USD20,000++ tak termasuk jumlah yg telah dikeluarkan.

No comments:

Post a Comment